Kempen Senyum

Kempen Senyum
Sila klik pada gambar untuk menyaksikan video Kempen Senyum

Friday, September 17, 2010

Pertandingan Bowling BPSM - 2nd

Salam 1Malaysia...

Hamper-hamper yang akan menjadi taruhan.

Ceria setelah selesai bermain.

Sedang menantikan keputusan.

Yeayyyyyyyyy kita dapat hadiah... 2 lagi tau!

Juara kumpulan En. Hasbullah dan Rozaimi... tahniah!!!

Lanjutan daripada sambutan yang menggalakkan pada kali pertama dahulu, BPSM menganjurkan sekali lagi Pertandingan Bowling BPSM pada 15 April 2010. Masih mengekalkan format yang sama iaitu 3 orang satu kumpulan dan ditentukan melalui undian pertandingan ini diadakan di Premium Lanes, Kuantan Plaza jam 8.30 malam. YH. Dato' TSUK(O) dan Tuan SUB(SM) juga turut sama memeriahkan pertandingan.

Happy Birthday!!!

Salam 1Malaysia...
SELAMAT MENYAMBUT HARI LAHIR KEPADA STAF BPSM YANG TARIKH LAHIRNYA PADA BULAN SEPTEMBER 2010.
SEMOGA DIPANJANGKAN UMUR, DIMURAHKAN REZEKI SERTA BERBAHAGIA DI SAMPING KELUARGA TERSAYANG.

Mohd Fauzi bin Aziz

2 September 1985

Rohaizad bin Zainal Abidin

7 September 1980

Mimi Azura binti Abdullah
8 September 1980

Zaharin bin Zainal Abidin

16 September 1985

Shahril Hafiz bin Dzulkarnain
18 September 1982




Suriyani binti Shahari
18 September 1976

Mohd Hider bin Othman
25 September 1981

Pertandingan Bowling BPSM - 1st

Salam 1Malaysia...

Pada 9 Februari 2010, BPSM telah mengadakan Pertandingan Bowling di antara staf. Pertandingan ini turut disertai oleh YH. Dato' TSUK(O) dan Tuan SUB(SM).

Staf BPSM dibahagikan kepada 3 orang satu kumpulan melalui undian. Premium Lanes, Kuantan Plaza telah dipilih sebagai gelanggang pertandingan. Pertandingan yang bermula kira-kira jam 8.30 malam telah berakhir sekitar jam 11.30 malam. YH. Dato' TSUK (O) dan Tuan SUB (SM) telah dengan sukacitanya menyampaikan hadiah yang berupa hamper kepada para pemenang. Juga turut diadakan cabutan bertuah.

Sila layan gambar-gambar di bawah yer. Tahniah kepada semua pemenang!!!

Antara staf BPSM yang menyertai pertandingan bergambar bersama YH. TSUK(O).

Balingan pembukaan oleh YH. Dato' TSUK(O).

Tempat ketiga.

Tempat kedua.

Tempat pertama.

Thursday, July 29, 2010

Persijilan 5S Pejabat SUK Pahang

TAHNIAH!!!
kepada Pejabat SUK Pahang kerana telah berjaya memperolehi Persijilan 5S daripada MPC pada 24 Jun 2010.
Juga kepada semua warga BPSM kerana telah sama-sama membantu dalam pelaksanaan 5S Pejabat SUK Pahang sehingga berjaya memperolehi persijilan ini.

Monday, June 21, 2010

KELAB BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

AHLI JAWATANKUASA SESI 2010/2011
PENAUNG
Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan)
PENASIHAT
Setiausaha Bahagian
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
PENGERUSI
Encik Rizal bin Mustafa
TIMBALAN PENGERUSI
Encik Zunaidi bin Abdul Rahman
SETIAUSAHA
Encik Mohd Hider bin Othman
BENDAHARI
Puan Zuraidah binti Khalid
AJK
Kebajikan : Puan Juliana binti Azahari
Sukan : Encik Rohaizad bin Zainal Abidin
Agama : Tuan Syed Ahmad Khirulanwar Alyahya bin Syed Abdul Rahman
Sosial : Encik Shahril Hafiz bin Dzulkarnain
Ekonomi : Encik Shariefuddin bin Mohd Yusof
PEMERIKSA KIRA-KIRA
1) Encik Khalid bin Abu Hanipah
2) Puan Harewati binti Mohd Hashim

PELAKSANAAN 5S DI PEJABAT SUK PAHANG

Kejayaan yang diperolehi oleh BPSM telah menjadi pemangkin kepada Pejabat SUK Pahang untuk mendapat persijilan 5S secara keseluruhannya. Sehubungan itu, BPSM telah turut sama dalam usaha ini.
Pelbagai aktiviti 5S turut diadakan oleh AJK Latihan dan Promosi bagi memeriahkan lagi pelaksanaan 5S ini. Antara aktiviti yang dijalankan adalah pertandingan logo dan moto 5S serta gantungan banner dan bunting di sekitar Pejabat SUK Pahang.
Sebagai langkah persediaan dan pengenalan kepada 5S ini, satu program lawatan ke Tenaga Nasional Berhad Kemaman dan Pejabat Daerah dan Tanah Pekan turut diadakan.
















SEKITAR PENGAUDITAN PERSIJILAN 5S BPSM












PENGAUDITAN PERSIJILAN 5S BPSM PADA 4 JUN 2009

Friday, June 18, 2010

MOTO & LOGO 5S

MOTO

"KONDUSIF, INOVATIF, CERIA"




LOGO 5S PEJABAT SUK PAHANG

MAKNA LOGO

Bunga Raya menggambarkan bunga kebangsaan lambang kekuatan budaya 5S di Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang



Lima kelopak Bunga Raya mewakili 5 prinsip kerja 5S iaitu seiri, seiton, seiso, seiketsu dan shitsuke



Latar-belakang dengan petak hitam dan putih adalah simbolik bendera Negeri Pahang

Bulatan besar bermaksud kesatuan dan semangat kerjasama warga kerja dalam menjayakan budaya 5S ini

Perkataan Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang dalam bulatan besar menggambarkan Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang sebagai organisasi yang mempraktikkan 5S ini

Keseluruhan warna putih melambangkan aspek kebersihan yang menjadi budaya yang perlu dipraktikkan oleh warga kerja

MATLAMAT 5S

"MENJADI ORGANISASI YANG MEMPUNYAI


PERSEKITARAN KERJA YANG TERBAIK DAN


PALING KONDUSIF DI MALAYSIA"

OBJEKTIF 5S

"MEWUJUDKAN SUASANA KERJA YANG KONDUSIF


UNTUK MENINGKATKAN MOTIVASI KERJA DAN


DISIPLIN YANG TINGGI DI KALANGAN


ANGGOTANYA"

POLISI 5S

"POLISI 5S PEJABAT SUK PAHANG ADALAH MEMASTIKAN


BUDAYA KERJA KE ARAH PERSEKITARAN BERKUALITI


MENJADI PRINSIP UTAMA SERTA AMALAN BERTERUSAN


DI DALAM MENJALANKAN PERKHIDMATAN DEMI


MENINGKATKAN DAYA SAING ORGANISASI"

PELAKSANAAN 5S DI BPSM

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) adalah bahagian yang pertama melaksanakan Amalan 5S di Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang ini. Pelaksanaan ini yang telah dimulakan pada tahun 2007 akhirnya berjaya memperolehi persijilan daripada Malaysia Productivity Corporation (MPC) pada 4 Jun 2009.



TAHNIAH KEPADA BPSM!!!



APA ITU 5S?

5S ialah satu aktiviti dalam meningkatkan persekitaran pejabat. Amalan ini dijadikan sebagai budaya kerja dalam membentuk disiplin warga kerja bagi memastikan tempat kerja bersih, teratur, sempurna, selamat dan mudah diawasi dalam usaha meningkatkan mutu kerja, proses, peralatan, keselamatan dan perkhidmatan.

OBJEKTIF BPSM

MENENTUKAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA BERKUALITI DENGAN


PENGGEMBLAlign CenterENGAN SUMBER-SUMBER YANG OPTIMUM BERASASKAN


BUDAYA KERJA CEMERLANG MENEPATI CIRI-CIRI BERIKUT :-




  • CEPAT DALAM SEMUA TINDAKAN




  • TEPAT DALAM MEMBUAT KEPUTUSAN




  • LAYANAN MESRA KEPADA PELANGGAN




  • TELUS DALAM SEMUA URUSAN




  • MENENTUKAN PERKHIDMATAN DAN MAKLUMAT MUDAH DIPEROLEHI (AVAILABILITY) DAN BOLEH DIPERCAYAI (RELIABILITY)




  • MENEPATI UNDANG-UNDANG, DASAR DAN PERATURAN

MISI BPSM




  • MENJADI PENASIHAT DALAM ASPEK PENGURUSAN SUMBER MANUSIA SEKTOR AWAM PERINGKAT NEGERI



  • MERANCANG DAN MELAKSANA DASAR YANG BERKAITAN PEMBANGUNAN DAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA



  • MENGURUSKAN HUBUNGAN MAJIKAN DAN PEKERJA KE ARAH MEWUJUDKAN SUASANA YANG HARMONI

VISI BPSM

"MENJADIKAN BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA SEBAGAI


ORGANISASI YANG UNGGUL DALAM PERANCANGAN, PEMBANGUNAN DAN


PENGURUSAN SUMBER MANUSIA BERTERASKAN PROFESIONALISME,


INTEGRITI DAN TEKNOLOGI TERKINI SELARAS DENGAN


MATLAMAT KERAJAAN NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR


UNTUK MENJADI NEGERI MAJU"



PENGENALAN

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) yang dahulunya dikenali sebagai Unit Pengurusan Sumber Manusia adalah salah satu daripada bahagian di Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang.
BPSM diterajui oleh seorang Setiausaha Bahagian Gred M54 dan dibantu oleh 2 orang Ketua Penolong Setiausaha, 3 orang Penolong Setiausaha, seorang Pegawai Psikologi dan 59 orang kakitangan. BPSM mempunyai 5 unit yang menguruskan perkara-perkara berikut iaitu:-

1. UNIT PEMBANGUNAN ORGANISASI

* Menguruskan Waran Perjawatan
* Mengemaskini maklumat perjawatan
* Mengkaji keperluan & pengredan semula jawatan
* Menguruskan Aplikasi HRMIS & SISPEN
* Menyelenggara peralatan ICT bagi UPSM
* Menguruskan sistem, laman web dan data Sumber Manusia

2. UNIT PERKHIDMATAN

* Menguruskan Pegesahan Jawatan dan Pemberian Taraf Berpencen jabatan
* Menguruskan penempatan pegawai
* Menyelaras urusan HRMIS & SISPEN
* Menguruskan Cuti


3. UNIT PENGURUSAN PRESTASI, KENAIKAN PANGKAT & TATATERTIB

* Melaksanakan pengurusan tatatertib, prestasi dan kenaikan pangkat
* Menguruskan urusan Perisytiharan Harta
* Menguruskan hubungan dan pengiktirafan pegawai
* Mengenalpasti dan mengumpul maklumat pegawai bermasalah
* Membantu dan memberi bimbingan kepada pegawai yang bermasalah

4. UNIT LATIHAN DAN KOMPETENSI

* Menguruskan latihan untuk para pegawai sama ada di dalam atau di luar negara
* Menguruskan Peperiksaan Jabatan dan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK)
* Melaksana kursus, bengkel dan latihan yang berkaiatan dengan Jabatan
* Mengubal dan menguruskan kurikulum PTK Jabatan

5. UNIT INTEGRITI

* Memantau dan mengkaji tuduhan rasuah
* Meningkatkan kecekapan sistem penyampaian
* Meningkatkan urus tadbir korporat dan etika
* Memantapkan intitusi keluarga dan kualiti hidup pegawai