Kempen Senyum

Kempen Senyum
Sila klik pada gambar untuk menyaksikan video Kempen Senyum

Friday, June 18, 2010

PENGENALAN

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) yang dahulunya dikenali sebagai Unit Pengurusan Sumber Manusia adalah salah satu daripada bahagian di Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang.
BPSM diterajui oleh seorang Setiausaha Bahagian Gred M54 dan dibantu oleh 2 orang Ketua Penolong Setiausaha, 3 orang Penolong Setiausaha, seorang Pegawai Psikologi dan 59 orang kakitangan. BPSM mempunyai 5 unit yang menguruskan perkara-perkara berikut iaitu:-

1. UNIT PEMBANGUNAN ORGANISASI

* Menguruskan Waran Perjawatan
* Mengemaskini maklumat perjawatan
* Mengkaji keperluan & pengredan semula jawatan
* Menguruskan Aplikasi HRMIS & SISPEN
* Menyelenggara peralatan ICT bagi UPSM
* Menguruskan sistem, laman web dan data Sumber Manusia

2. UNIT PERKHIDMATAN

* Menguruskan Pegesahan Jawatan dan Pemberian Taraf Berpencen jabatan
* Menguruskan penempatan pegawai
* Menyelaras urusan HRMIS & SISPEN
* Menguruskan Cuti


3. UNIT PENGURUSAN PRESTASI, KENAIKAN PANGKAT & TATATERTIB

* Melaksanakan pengurusan tatatertib, prestasi dan kenaikan pangkat
* Menguruskan urusan Perisytiharan Harta
* Menguruskan hubungan dan pengiktirafan pegawai
* Mengenalpasti dan mengumpul maklumat pegawai bermasalah
* Membantu dan memberi bimbingan kepada pegawai yang bermasalah

4. UNIT LATIHAN DAN KOMPETENSI

* Menguruskan latihan untuk para pegawai sama ada di dalam atau di luar negara
* Menguruskan Peperiksaan Jabatan dan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK)
* Melaksana kursus, bengkel dan latihan yang berkaiatan dengan Jabatan
* Mengubal dan menguruskan kurikulum PTK Jabatan

5. UNIT INTEGRITI

* Memantau dan mengkaji tuduhan rasuah
* Meningkatkan kecekapan sistem penyampaian
* Meningkatkan urus tadbir korporat dan etika
* Memantapkan intitusi keluarga dan kualiti hidup pegawai

No comments: