Kempen Senyum

Kempen Senyum
Sila klik pada gambar untuk menyaksikan video Kempen Senyum

Thursday, February 24, 2011

Lawatan 5S Ke Majlis Daerah Cameron Highlands

Salam 1Malaysia...

Pada 10 dan 11 Februari yang lalu, Jawatankuasa Induk 5S Pejabat SUK Pahang telah mengadakan lawatan 5S ke Majlis Daerah Cameron Highlands (MDCH).  Lawatan ini bertujuan untuk mendapatkan idea untuk inovasi dan melihat sendiri bagaimana pelaksanaan 5S di jabatan tersebut.  Untuk makluman MDCH telah berjaya meraih Anugerah Khas 5S Peringkat Kebangsaan bagi kategori PBT pada tahun lepas.

Seramai 6 orang staf dari BPSM turut menyertai lawatan ini.  Bertolak pada 10hb jam 10 pagi dan selamat sampai ke Cameron Highlands jam 5.30 petang.  Rombongan semua telah menginap di Hotel Rosa Pasadena.  Acara lawatan pada 11hb bermula dengan taklimat di Kelab Golf Cameron Highlands yang merupakan zon anak angkat MDCH.  Selepas melawat di sekitar barulah rombongan bergerak ke MDCH.  Rombongan berada di MDCH kira-kira 4 jam berada di situ, selepas makan tengah hari rombongan semua menuju ke Kea Farms untuk acara shopping pula.  Rombongan bergerak pulang dari Cameron Highlands kira-kira pukul 4.30 petang dan selamat sampai ke Kuantan kira-kira pukul 11.30 malam.

Gambar-gambar sekitar lawatan ke Kelab Golf dan MDCH.
v
v



















Admin

Penempatan Baru

Salam 1Malaysia...

Tahniah diucapkan kepada
v
v
v
Nama : Rohaizad bin Zainal Abidin
Jawatan : Pembantu Am Pejabat N4

kerana telah mendapat tawaran ke jawatan baru iaitu Merinyu Tali Air Gred J17 dan ditempatkan di Jabatan Pengairan dan Saliran Daerah Pekan pada 1 Februari 2011.

Pihak admin mewakili seluruh warga BPSM mengucapkan selamat berjaya kepada beliau dan semoga semakin cemerlang dengan jawatan baru di tempat yang baru.  Juga terima kasih di atas segala sumbangan dan khidmat beliau selama berada di BPSM.


Admin

Audit Persijilan Semula MS ISO 9001:2008

-STICKY MODE-

untuk entry terkini sila scroll ke bawah


Salam 1Malaysia...

DIMAKLUMKAN BAHAWA AUDIT PERSIJILAN SEMULA MS ISO 9001:2008 PEJABAT SUK PAHANG OLEH PIHAK SIRI QAS INTERNATIONAL SDN. BHD. DI BPSM AKAN DILAKSANAKAN PADA 24 FEBRUARI 2011 .

DIHARAP SEMUA KAKITANGAN DAN PEGAWAI BPSM AKAN MEMBERI KERJASAMA SEPANJANG AUDIT INI.


Admin

Thursday, February 17, 2011

Sekitar Lawatan 5S Dari UMP

Salam 1Malaysia...

Pada 14 Januari 2011 Pejabat SUK Pahang telah menerima lawatan 5S dari UMP.  Lawatan ini khusus untuk melihat amalan 5S di stor dan bilik fail.  Bahagian-bahagian yang terlibat adalah BPSM, BKT dan BKP.

Gambar-gambar semasa lawatan ke BPSM
v
v
v








Diharap dengan lawatan ini pihak UMP mendapat panduan dan idea untuk melaksanakan 5S di tempat mereka.

Admin

Takziah

Salam 1Malaysia...

Ucapan takziah kepada...

Puan Aine Zurina binti Zakaria, Pembantu Tadbir (P/O) N17 atas pemergian ke rahmatullah adik tersayang pada 7 Februari 2011

dan

Puan Hamidah binti Hassan, Penolong Pegawai Tadbir N27 juga atas pemergian ke rahmatullah adik tersayang pada 15 Februari 2011

Semoga roh kedua-duanya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.  Al-Fatihah.


Admin

Happy Birthday!!!

Salam 1Malaysia...

SELAMAT MENYAMBUT HARI ULANG TAHUN

KEPADA
v
v
v
Nama : Mariana binti Dato' Ismail

Jawatan : Penolong Pegawai Tadbir N27

Tarikh Lahir : 12 Februari 1972

MOGA PANJANG UMUR, DIMURAHKAN REZEKI DAN BERBAHAGIA DI SAMPING KELUARGA TERSAYANG

Admin

Sunday, February 6, 2011

Happy Birthday!!!

Salam 1Malaysia,

SELAMAT MENYAMBUT HARI JADI KEPADA
v
v
v


Nama : Manisah binti Mat Ja Euz

Jawatan : Pembantu Tadbir (P/O) N17

Tarikh Lahir : 6 Februari 1985


Admin

Tuesday, February 1, 2011

Happy Birthday!!!

Salam 1Malaysia,

SELAMAT MENYAMBUT HARI ULANG TAHUN KEPADA
v
v
v


Nama : Nazli Shah bin Saharun

Jawatan : Pembantu Am Pejabat N1

Tarikh Lahir : 1 Februari 1980


Admin