Kempen Senyum

Kempen Senyum
Sila klik pada gambar untuk menyaksikan video Kempen Senyum

Thursday, February 24, 2011

Lawatan 5S Ke Majlis Daerah Cameron Highlands

Salam 1Malaysia...

Pada 10 dan 11 Februari yang lalu, Jawatankuasa Induk 5S Pejabat SUK Pahang telah mengadakan lawatan 5S ke Majlis Daerah Cameron Highlands (MDCH).  Lawatan ini bertujuan untuk mendapatkan idea untuk inovasi dan melihat sendiri bagaimana pelaksanaan 5S di jabatan tersebut.  Untuk makluman MDCH telah berjaya meraih Anugerah Khas 5S Peringkat Kebangsaan bagi kategori PBT pada tahun lepas.

Seramai 6 orang staf dari BPSM turut menyertai lawatan ini.  Bertolak pada 10hb jam 10 pagi dan selamat sampai ke Cameron Highlands jam 5.30 petang.  Rombongan semua telah menginap di Hotel Rosa Pasadena.  Acara lawatan pada 11hb bermula dengan taklimat di Kelab Golf Cameron Highlands yang merupakan zon anak angkat MDCH.  Selepas melawat di sekitar barulah rombongan bergerak ke MDCH.  Rombongan berada di MDCH kira-kira 4 jam berada di situ, selepas makan tengah hari rombongan semua menuju ke Kea Farms untuk acara shopping pula.  Rombongan bergerak pulang dari Cameron Highlands kira-kira pukul 4.30 petang dan selamat sampai ke Kuantan kira-kira pukul 11.30 malam.

Gambar-gambar sekitar lawatan ke Kelab Golf dan MDCH.
v
v



















Admin

No comments: