Kempen Senyum

Kempen Senyum
Sila klik pada gambar untuk menyaksikan video Kempen Senyum

Wednesday, August 10, 2011

Penjawat Awam di Pahang Dapat 2 Bonus Raya?

TEMERLOH, 10 Ogos - Kerajaan Negeri Pahanghari ini mengumumkan pemberian bonus setengah bulan gaji untuk 12,570 kakitangan awamnya. Perkara itu telah dimaklumkan oleh Menteri Besar,Dato' Sri DiRaja Adnan Yaakob selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di sini. Sementara itu, Adnan menolak dakwaan sesetengah pihak kononnya pemberian bonus itu satu pembaziran sebaliknya ia bagi menghargai sumbangan dan dedikasi penjawat awam dalam membangunkan negara. Dalam pada itu, kakitangan awam di negeri ini diharap dapat memanfaatkan bonus terbabit untuk kegunaan sempenan menyambut ketibaan Hari Raya Aidil Fitritidak lama lagi. Keputusan Kerajaan Negeri Pahang memberikan bonus itu sungguh mengejutkan ramai pihak sebenarnya. Apatah lagi selama ini pihak pembangkang mewar-warkan kononnya kerajaan negeri"bangkrap". Dengan pemberiann bonus ini juga mungkin ia boleh menjadi bukti bahawa Kerajaan Negeri Pahang tidak seperti apa yang diperkatakan. Malah ia juga sebagai imbuhan kepada rakyat yang telah menyumbang jasa kepada negeri ini. Semoga kakitangan awam di Pahang dapat bekerja dan menunaikan tanggungjawab mereka dengan lebih cemerlang lagi atas keprihatinan kerajaan ini. Dengan pemeberian bonus tersebut bermakna kakitangan awam di negeri Pahang kini mendapat dua bonus raya, selepas Kerajaan Pusat mengumumkan pemberian tersebut baru-baru ini. 


Admin

No comments: