Kempen Senyum

Kempen Senyum
Sila klik pada gambar untuk menyaksikan video Kempen Senyum

Wednesday, August 10, 2011

Program Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Perhimpunan Modal Insan

Pada 19 Julai 2011 yang lalu telah berlangsungnya program Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2010 dan Perhimpunan Modal Insan Bil. 1/2011 Pejabat SUK Pahang di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan.  BPSM adalah selaku urus setia bersama dengan Unit Korporat dan BTM.  Antara aturcara di dalam program ini ialah :-

- Pelancaran Kempen Senyum
- Anugerah Inovasi Pejabat SUK
- Pemberian Sijil kepada Mentor Menti
- Pemberian Sijil Penghargaan kepada Jabatan yang mencapai KPI HRMIS
- Pemberian Sijil Penghargaan kepada Pesara
- Pemberian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang
- Belangsungkawa

ucapan aluan daripada YB. Setiausaha Kerajaan Pahang

pelancaran Kempen Senyum

Seramai 6 orang pegawai dan kakitangan BPSM telah berjaya memperolehi Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi tahun 2010 iaitu:-

Puan Khairun Nissa binti Aris

Encik Maslor bin Maskom

Cik Roziana binti Ramlee

Puan Harewati binti Mohd Hashim

Encik Muhammad Ramadan bin Mustafar

Encik Hanafeah Daeng Tuan bin Mohd Hamili

Sekalung tahniah diucapkan kepada mereka semoga dapat memberi perkhidmatan yang lebih cemerlang di masa-masa akan datang.  Juga ribuan terima kasih kepada seluruh warga BPSM yang telah bersama-sama bertungkus lumus bagi menjayakan program ini.

Admin

No comments: